suria

Real Madrid Menang Besar, Juventus Benam Malmo

Ronaldo menjaringkan gol ketiga Real.
REAL Madrid memulakan langkah mempertahankan gelaran mereka dengan bergaya selepas menewaskan FC Basel 5-1 dalam aksi peringkat Kumpulan B Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu.

Pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama apabila pemain Basel, Marek Suchy menjaringkan gol ke gawang sendiri seawal minit ke-14.

Gareth Bale menjaringkan gol kedua untuk Real pada minit ke-30 sebelum digandakan oleh Cristiano Ronaldo seminit kemudian.

James Rodriquez.

Lima minit kemudian, James Rodríguez menjaringkan gol ketiga untuk pasukan tuan rumah.

Namun, Derlis Gonzales mengembalikan keyakinan Basel untuk memberikan tekanan kepada Real menerusi jaringannya pada minit ke-38.

Pada babak kedua, rentak permainan kembali perlahan kerana Real yakin kemenangan sudah berpihak kepada mereka.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Karim Benzema melengkapkan gol kelima untuk Real.

Sementara itu, Juara Itali, Juventus pula menundukkan pasukan yang pertama kali mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara, Malmo dari Sweden dengan keputusan 2-0 di gelanggang sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain