BAYERN Munich memperlihatkan corak permainan yang dominan dan agresif sepanjang perlawanan ketika menentang Manchester City, awal pagi Khamis. Ini merupakan perlawanan buat kali kelima dalam tempoh empat tahun, gergasi Eropah, Bayern Munich dan Manchester City bertemu lagi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Pasukan dengan gelaran FC Hollywood ini memastikan kemenangan tipis dengan keputusan 1-0, menerusi hasil jaringan babak akhir Jerome Boateng. Bayern Munich menewaskan Manchester City di Fussball Arena di Munich, Jerman pada awal pagi Khamis. Dengan sokongan penuh para penyokong tuan rumah, pasukan itu memperlihatkan permainan agresif dan lebih banyak mengadakan serangan terhadap pihak lawan. Jerome Boateng yang membuat jaringan pada akhir babak kedua sekali gus penentu kemenangan Bayern Munich ke atas Manchester City. Barisan pemain: Bayern Muenchen: Manuel Neuer; Medhi Benatia (Dante 85'), Rafinha (Claudio Pizarro 84'), Jerome Boateng, Juan Bernat; Xabi Alonso, Philipp Lahm, David Alaba; Robert Lewandowski, Mario Gotze, Thomas Mueller (Arjen Robben 76'). Manchester City: Joe Hart; Bacary Sagna, Vincent Kompany, Gael Clichy, Martin Demichelis; Samir Nasri (James Milner 58'), Jesus Navas (Aleksandar Kolarov 88'), David Silva, Fernandinho, Yaya Toure; Edin Dzeko (Sergio Aguero 74').