INCHEON: Tai Cheau Xuen meraih pingat emas pertama Malaysia Sukan Asia dalam acara wushu wanita, Nandao dan Nanquan di Gimnasium Ganghwa Dolmens, Sabtu. Atlet dari Negeri Sembilan itu mencatat 19.23 mata untuk mengatasi atlet Indonesia Wani Juwita Niza yang mencatat 19.15 mata. Atlet pilihan China, Wei Hong meraih pingat gangsa dengan catatan 19.15. Bagaimana pun seorang lagi atlet negara, Diana Bong kecewa untuk meraih sebarang pingat apabila berada di tempat ke-12 dengan 18.25 mata. Sebagai rekod, pencapaian ini merupakan kali keempat skuad wushu meraih emas untuk negara pada temasya ini dengan Ho Ro Bin (2002) dan Chai Fong Ying (2006,2010).