BARCELONA: Cristiano Ronaldo menyambung rentak garang dengan empat gol termasuk dua sepakan penalti ketika Real Madrid bangkit untuk melakar kemenangan 5-1 ke atas Elche dalam saingan La Liga, pagi Rabu. Pemain Terbaik Dunia itu kini sudah menyumbat tujuh gol dalam tempoh empat hari termasuk hatrik ketika membelasah Deportivo La Coruna 8-2, Sabtu lalu. Walau pun Real bermain bola sepak yang cantik namun mereka tetap goyah di bahagian pertahanan dan kini tiga mata di belakang Barcelona. "Saya pernah menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan beberapa kali dan usaha ini adalah atas usaha sepasukan," kata Ronaldo.