BINTANG Barcelona kini perlu lebih mematuhi masa jika mahu gaji yang diterima tidak dipotong kerana lewat tiba pada hari perlawanan. Dibawah kendalian jurulatih baharu, Luis Erique, pemain yang terlewat hadir walaupun seminit akan didenda sebanyak £300 (RM1,596). Jumlah denda itu akan digandakan jika pemain terbabit terus melakukan kesalahan sama selagi dia bermain dibawah kendalian jurulatih sama. Denda itu sebelum ini telah diguna pakai oleh kelab lain dengan mengenakan sebanyak £150 bagi pemain yang lewat tiba ketika latihan, mesyuarat dan temujanji. Walaupun jumlah itu terlalu kecil buat Lionel Messi yang menerima gaji sebanyak £292,000 (RM1,553,445) seminggu, namun Enrique percaya denda tersebut mampu mengubah pemain untuk lebih menghargai masa.