suria

9 Pemain Cedera, Van Gaal Tukar Jurulatih Kecergasan

MANCHESTER United yang sedang bergelut dengan krisis kecederaan pemain telah mengambil tindakan drastik dengan menukarkan jurulatih kecergasannya.

Pengendali kelab itu, Louis van Gaal dilapor telah menukarkan jurulatih kecergasan sedia ada, Tony Strudwick untuk memimpin skuad remaja dan memasukkan Jos van Dijk.

Van Dijk yang merupakan pakar dalam mengatur program kecergasan pemain kini telah memulakan tugasnya sebagai persediaan menghadapi perlawanan menentang West Ham United pada Sabtu.

Jos van Dijk, pictured on the far left before United's win against QPR, will work with the senior team
Jos van Dijk (kiri) kelihatan bersama Van Gaal ketika perlawanan menentang QPR baru-baru ini.

Pertukaran itu dibuat selepas Van Gaal menyifatkan kegagalan United yang sedang dilaluinya termasuk kecederaan sembilan pemain antara pengalaman terburuk yang pernah ditempuh bekas jurulatih Belanda berkenaan.

Van Dijk juga merupakan jurulatih kecergasan yang bertanggungjawab melaksanakan program fizikal dan kecergasan untuk skuad Belanda pada Piala Dunia lalu.

Strudwick menyertai United dari Blackburn Rovers sejak  2007 turut membantu Van Gaal ketika kelab itu menjelajah ke Amerika Syarikat untuk saingan pramusim sebelum ini.

Pertukaran jurulatih kecergasan itu dilaporkan telah berlaku sejak awal musim namun Strudwick masih mengetuai sesi pemanas badan.

Bagaimanapun pada Jumaat malam, Van Gaal mengesahkan bahawa Van Dijk telah mengambil alih sepenuhnya tugas Strudwick.

Manchester United fitness coach Tony Strudwick is no longer working with Louis van Gaal's first team stars

Strudwick kini ditugaskan untuk menjaga kecergasan skuad remaja United.



Manchester United

Artikel Lain