suria

Chelsea Terus Kuasai Takhta Liga

Costa meraikan jaringannya.
LONDON: Chelsea meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Aston Villa 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, tengah malam Sabtu.

Diego Costa menyumbat gol kelapan liga dengan dua tonggak Brazil - Oscar dan Willian masing-masing menemui sasaran di Stamford Bridge.

Chelsea terus mendahului takhta liga selepas merakamkan kemenangan kelima daripada enam perlawanan musim ini.

Pasukan kendalian pengurus Jose Mourinho itu mengutip 16 mata, dibezakan tiga mata dengan Southampton yang menduduki tempat kedua.

Dalam perlawanan berasingan, dua gol jaringan Edin Dzeko dan satu gol sumbangan Frank Lampard membantu juara bertahan, Manchester City menewaskan Hull City 4-2 di gelanggang lawan selepas gagal dalam dua percubaan awal.

Namun, City mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Sergio Aguero selepas memanfaatkan hantaran Pablo Zabaleta.

Hull mendapat gol pertama dengan mudah apabila pemain City, Eliaquim Mangala menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Pasukan tuan rumah turut memperoleh gol kedua menerusi Abel Hernandez yang menyempurnakan sepakan penalti selepas dikasari Liam Rosenior.

City kini menduduki tangga ketiga dengan mengumpul 11 mata daripada enam perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain