PENERJUN negara yang beraksi dengan semangat pada Isnin menyumbang dua lagi pingat, masing-masing perak dan gangsa untuk acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Munhak sebentar tadi. Pada acara tiga meter papan anjal seirama, Cheong Jun Hoong-Wendy Ng Yan Yee mempamerkan gaya menarik untuk membolehkan mereka meraih pingat perak Sukan Asia yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan ini. Susulan kejayaan rakan sepasukannya, dua lagi penerjun negara, Chew Yi Wei dan Ooi Tze Liang melakukan terjunan yang menyaksikan Malaysia menambah pingat gangsa menerusi acara 10 meter platform lelaki.