suria

Liverpool Tewas, Balotelli Buat Hal

LIVERPOOL terus ditimpa malang apabila tewas 1-0 kepada kelab Switzerland, Basle dalam saingan kumpulan B, Liga Juara-juara Eropah pada awal pagi Khamis.

Jaringan tunggal pasukan tuan rumah itu hadir pada minit ke-52 menerusi Marco Streller selepas babak pertama berakhir dengan keputusan 0-0.

Dengan keputusan itu, Liverpool kini berkongsi tiga mata dengan Basle dan menghuni kedudukan ketiga daripada empat pasukan.

Brendan Rodgers (C) raises his hands in frustration after Balotelli breaks down a Liverpool move

Real Madrid mendahului kumpulan B dengan enam mata manakala Ludogorets di kedudukan terbawah tanpa sebarang mata.

Pengendali Liverpeool, Brendan Rodgers selain itu dilaporkan berang dengan tindakan penyerang kontroversi mereka, Mario Balotelli kerana tidak menghargai penyokong.

Balotelli dikatakan tidak berjalan ke arah penyokong untuk melambai atau bertepuk tangan sebagai penghargaan kepada mereka yang sanggup menempuh perjalanan jauh bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Liverpool players walk away after conceding a goal to Basle's Marco Streller

Pemain Itali terbabit sebaliknya berjalan ke arah bilik persalinan selepas pengadil perlawanan meniup wisel untuk menamatkan saigan tersebut.

Dalam perlawanan seterusnya, Liverpool akan menerima kunjungan Real Madrid pada 22 Oktober sebelum beraksi di Bernabeu dua minggu kemudian. 

Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain