suria

Terbuka China: Nadal Mara Ke Suku Akhir

Nadal meneruskan saingan ke suku akhir selepas menewaskan pemain Jerman, Peter Gojowczyk di Beijing, Khamis.
BEIJING: Rafa Nadal meneruskan saingan ke peringkat suku akhir Terbuka China - kejohanan tenis pertamanya dengan mencatatkan kemenangan 6-3 6-4 ke atas pemain Jerman, Peter Gojowczyk dalam masa sejam 45 minit.


Jaguh Sepanyol yang berehat tiga bulan berikutan kecederaan pergelangan tangan menang apabila mendapat kelebihan membuat pukulan servis.

Nadal akan bertemu pilihan kelapan, Martin Klizan pada kejohanan ATP 500 itu.

Kecederaan bahu yang dialami pemain pilihan ketujuh, Ernests Gulbis menyebabkan dia menarik diri dan memberi kemenangan kepada Klizan, pemain Slovakia yang ketika itu sedang mendahului 6-2 3-0.

Pilihan ketiga kejohanan, Tomas Berdych juga mara ke suku akhir dan meletakkan dirinya di kedudukan ketujuh dalam perlumbaan ke kejohanan Final ATP di London.

Berdych menang 6-3 6-4 ke atas Viktor Troickike sekalipun beraksi di bawah prestasi.

Dalam pada itu, pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov menewaskan Pablo Andujar 6-4 6-4 untuk menempah aksi suku akhir sukar menentang pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic manakala pilihan keenam, Andy Murray menewaskan Pablo Cuevas 6-2 6-2. - Reuters

Rafa Nadal, Terbuka China, Klizan

Artikel Sebelum

Nicol Calon MPV Sukan Asia

Artikel Berikut

Artikel Lain