suria

Superstar WWE Gegar Stadium Putra

John Cena ketika bertarung dengan Bray Wyatt di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.
PETALING JAYA: Puluhan ribu peminat sukan gusti membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil selama dua hari bermula Jumaat untuk menyaksikan gelagat dan aksi hebat bintang  World Wrestling Entertainment (WWE).

Antara bintang bertaraf Superstar WWE yang menghangatkan lokasi pertarungan adalah juara 15 kali WWE, John Cena, Seth Rollins, Big Show, Bray Wyatt, Kofi Kingston, Bo Dallas, Big E, El Torito, Titus oh Niel, Heath Slater, Adrian Neville, selain Diva WWE, AJ Lee and Paige.


Kali terakhir jelajah WWE berkunjung ke Malaysia adalah pada 2002 dan kini kehadiran bintang ternama sukan itu terus mendapat sambutan hangat.

Pelbagai gaya dengan penampilan penuh bersemangat dan aksi macho di pentas gusti mendapat tepukan dan sorakan peminat yang sentiasa dahagakan persembahan menarik.



Pada pertemuan antara Cena menentang Rollins, suasana pertarungan di jalananan dipersembahankan dengan aksi baling kerusi dan meja ternyata menghiburkan penonton.



Ditambah pula dengan gaya lompatan tinggi, hentakan badan dan pelbagai taktik untuk menipu lawan begitu mempesonakan penonton.

Pertunjukan pada Sabtu pula menyaksikan pertarungan bertemakan 'Wrestlemania'.


WWE, John Cena, Big Show

Artikel Lain