PERTEMBUNGAN dengan Denmark dalam perlawanan Kelayakan Euro 2016 dilihat begitu sengit, namun Portugal akhirnya mampu meraih jaringan menerusi aksi Christiano Ronaldo pada masa kecederaan. Bertempat di Stadium Parken di Copenhagen, Denmark pada awal pagi Rabu, jaringan tunggal hasil Ronaldo itu membuatkan Portugal berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dalam perlawanan penuh dramatik. Sepanjang permainan, kedua-dua persaingan dalam Kelayakan Euro 2016 bagi Kumpulan 1 dilihat seimbang malah kedua-duanya mengalami kesukaran untuk meraih sebarang gol. Portugal yang terus mengasak pertahanan Denmark, akhirnya berhasil memperoleh jaringan pada minit ke-90+5. Pasukan itu menamatkan permainan dengan kemenangan tipis 1-0.