EDEN HAZARD mengakui kritikan terbuka oleh pengendali Chelsea, Jose Mourinho telah membuatkan dia menjadi pemain yang lebih baik. Bagaimanapun kritikan keras yang mendorong perubahan pada dirinya banyak berlaku di bilik persalinan ketika dia berdepan Mourinho. Mourinho banyak mengkritik Hazard pada musim lalu kerana tidak melakukan pertahanan secara berdisiplin terutamanya ketika tewas kepada Atletico Madrid pada separuh akhir Liga Juara-juara Eropah. Bagaimanapun Hazard menegaskan bahawa dia kini telah menjadi lebih baik dan berada di kedudukan lebih tinggi dalam kerjayanya. "Ia adalah satu penghormatan - dia merupakan seorang jurulatih terbaik dunia - kerana telah meningkatkan keyakinan diri saya. "Dalam perlawanan yang teruk, dia akan menyalahkan saya. Dia akan berkata kami bermain dengan 10 pemain. Dia meninggalkan saya dan tidak kembali." luah pemain berjersi 10 itu. Hazard telah menjaringkan 14 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan dipilih untuk menerima anugerah pemain muda PFA pada tahun pertama bersama Mourinho.