suria

Ryan Giggs Cabar Pemain Bersaing Dengan Chelsea, City

RYAN GIGGS mencabar pemain Manchester United untuk membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan Manchester City dan Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

United akan bertemu Chelsea dan City selepas bertandang ke West Brom pada Selasa ini.

"Chelsea telah membuktikan kemampuan mereka sambil diikuti City pada carta liga, oleh itu kami perlu menguji diri sendiri dan bersaing dengan mereka.

"Kami telah menunjukkan kebangkitan sejak beberapa minggu lalu dan berharap lebih ramai pemain (yang cedera) akan kembali untuk perlawanan akan datang," kata penolong Louis van Gaal itu.



United berjaya memenangi tiga perlawanan kebelakangan ini dan sekaligus berada di kedudukan keempat liga untuk memberi tekanan kepada pesaing mereka.

Kejayaan itu juga telah memberi keyakinan kepada Giggs bahawa United mampu bersaing merebut kejuaraan liga.

Manchester United

Artikel Lain