Pada saingan suku akhir, Rabu, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, mengalahkan rakan senegara, Low Wee Wern 11-6, 11-4 dan 11-9.
Pemain berusia 31 tahun itu akan berdepan dengan musuh tradisi, Raneem El-Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir, Sabtu.
Raneem, pemain nombor tiga dunia, menebus kekecewaan dengan menyingkirkan pemain England, Alison Waters, 11-9, 11-8 dan 11-5, dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Pemain berusia 25 tahun itu kalah kepada Waters, selaku pemain nombor lima dunia, pada suku akhir Terbuka Carol Weymuller di New York, minggu lepas.