suria

Nicol Lakar Kemenangan Ketiga Terbuka AS

Nicol David.
PETALING JAYA: Pemain skuasy No.1 dunia, Nicol David mencipta sejarah apabila meraih trofi ketiganya berturut-turut pada Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Nicol menewaskan Nour El Sherbini dari Mesir 11-5, 12-10, 12-10 di Philadelphia. 

Nicol merupakan pemain pertama - lelaki atau wanita - yang memenangi trofi ketiga secara berturut-turut dalam sejarah 60 tahun penganjuran kejohanan tersebut.

Terdahulu, Nicol mengatasi pencabar utamanya, Raneem El Welily untuk mara ke final Terbuka AS.

Pemain berusia 31 tahun itu berada dalam laluan mudah untuk menewaskan Raneem 11-3, 15-13, 6-11, 11-7 pada Jumaat.

Sementara itu dalam aksi separuh akhir berasingan, Nour, 18, mengatasi pemain No.6, Camille Serme dari Perancis 7-11, 11-9, 11-8, 11-8.

Juara dunia tiga kali pada kejohanan junior itu pernah menyekat kemaraan Nicol pada aksi separuh akhir Kejuaraan Dunia Wanita di Pulau Pinang, Mac lalu.

Nicol David, Terbuka AS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis ATP Vienna

Artikel Lain