KUALA LUMPUR: Skuad FELDA United FC menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 4-3 dalam satu saingan menarik perlawanan separuh akhir pertama, Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam Isnin.
JDT bangkit lebih bertenaga pada babak kedua untuk merapatkan jurang dengan tiga gol daripada Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-51 dan 90 serta Luciano Figueroa, minit ke-80.
Perlawanan ini juga menyaksikan satu rekod layangan kad kuning iaitu keseluruhan 10 termasuk satu kad merah ke atas pemain FELDA, Nasriq Baharom pada minit ke-53.