Bayern mendahului dengan 5-0 pada babak pertama menerusi jaringan Arjen Robben (dua gol), Mario Goetze, Robert Lewandowski dan Thomas Mueller.
Roma kembali bangkit untuk memberikan saingan apabila Gervinho menanduk masuk gol tunggal pasukan tuan rumah pada minit ke-66.
Namun, Bayern menamatkan saingan tersebut dengan penuh bergaya apabila Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri melengkapkan gol keenam dan ketujuh pasukan kendalian Pep Guardiola itu.
Selepas kemenangan besar itu, Bayern dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk menambah koleksi trofi keenam mereka pada aksi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Bayern kini menduduki kedudukan teratas Kumpulan E dengan mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan.
Anak buah Pep Guardiola itu hanya perlu melakar kemenangan di tempat sendiri ketika bertemu Roma pada aksi timbal balik yang akan diadakan di Allianz Arena, 5 November depan untuk mara ke peringkat kalah mati.
Roma pula berada di tempat kedua Kumpulan E dengan mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan, mengatasi Manchester City yang kini menduduki tempat ketiga.
Barisan Pemain:
ROMA: De Sanctis, Torosidis, Manolas, Yanga M'Biwa, Cole, Pjanic, De Rossi, Nainggolan, Iturbe, Totti, Gervinho
BAYERN MUNICH: Neuer; Rafinha, Boateng, Dante, Alaba; Lahm, Xabi Alonso; Mueller, Robben, Goetze; Lewandowski.