PEMAIN Manchester United, Angel di Maria berjaya melepasi tempoh kecederaan dan dijangka dapat beraksi pada perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea pada Ahad ini. Menandatangani kontrak bernilai £59.7 juta mengalami kecederaan ketika pasukannya seri 2-2 ketika menentang West Bromwish Albion di The Hawthorns pada Isnin. Pemain itu pada mulanya mahu meneruskan permainan walaupun kesakitan akibat ditendang pada pahanya pada babak akhir perlawanan itu, bagaimanapun terpaksa mengalah bagi mengelak kecederaan serius. Selepas menjalani rawatan yang disediakan pasukannya, kini pengurus United, Louis van Gaal yakin pemain berasal dari Argentina itu dapat menyumbang tenaga pada Ahad ini. Sementara itu, Michael Carrick juga dijangka turut disenaraikan antara kesebelasan pemain pasukan yang akan menentang Chelsea selepas hanya duduk di bangku simpanan ketika menentang Albion baru-baru ini. Nasib yang tidak menyebelahi Carrick sejak menjalani pembedahan buku lali Julai lalu juga dipertimbangkan untuk bermain menentang Wan Ham United pada Jumaat. Bagaimanapun van Gaal belum membuat keputusan muktamad mengenainya kerana lebih mementingkan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini.