suria

MotoGP: Marquez Tawan Litar Sepang Kali Pertama, Kemenangan Ke-12 Musim Ini

SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez akhirnya berjaya menawan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat kali pertama pada aksi Grand Prix Malaysia, Ahad.

Marquez yang menunggang jentera Honda mencatat masa terpantas 40’45.523  meninggalkan 2.445s dua pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.

Juara dunia 2013 ini menguasai perlumbaan pada lap ke-17 selepas ketinggalan daripada kelompok utama pada lap pertama.

Sementara itu, Lorenzo menguasai perlumbaan apabila Pedrosa mengalami kemalangan di Turn 15, dan bangkit berada di kedudukan ke-11 selepas sekali lagi terjatuh.

Manakala Rossi mula mengambil alih kedudukan hadapan pada pertengahan perlumbaan dan mengatasi Lorenzo, dan dalam masa sama diikuti Marquez.

Kemenangan ke-12 Marquez musim ini mencipta sejarah tersendiri apabila menyamai rekod pelumba legenda, Mick Doohan yang memenangi kejayaan kelas premier dalam satu musim dan mempertahankan gelaran juara dunia untuk kali kedua biarpun masih ada lagi satu perlumbaan terakhir di Valencia 9 November ini.

Pelumba muda yang mencipta rekod menjadi juara dunia termuda tahun lalu, meneruskan aksi luar biasa musim ini dengan menjuarai 10 pusingan perlumbaan berturut-turut bermula di Qatar sehingga perlumbaan Indianapolis.

Kejayaan di Litar Sepang ini merupakan trofi yang ke-12 musim selepas  turut meraih kejayaan di Britain Ogos lalu.

Marquez kini mengumpul 337 mata, meninggalkan pencabar terdekat Valentino Rossi dengan 275, ketiga Jorge Lorenzo (263), keempat Dani Pedrosa (230) dan kelima Andrea Dovizioso (126).

Keputusan di SIC ini juga menjadikan Honda masih mengukuhkan kedudukan di kedudukan teratas sebagai pengeluar.

Selain itu, Stefan Bradl (LCR Honda MotoGP) menewaskan Bradley Smith (Monster Yamaha Tech3) untuk meraih tempat keempat ketika lap akhir perlumbaan.

Manakala Pol Espargaro (Monster Yamaha Tech3) menamatkan saingan di kedudukan ke-6 walaupun mengalami patah kaki ketika sesi latihan pada Sabtu.

Yonny Hernandez (Energy T.I Pramac Racing) melintasi garisan penamat di tempat ketujuh diikuti Andrea Dovizioso (Ducati Team), Hector Barbera (Avintia Racing) dan kesepuluh Scott Redding (GO&FUN Honda Gresini).

Keputusan penuh perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2014:

1Marc Márquez 40:45.523

2Valentino Rossi +02.445 

3Jorge Lorenzo +03.508 

4Stefan Bradl +21.234 

5Bradley Smith +22.283 

6Pol Espargaró +34.668 

7Yonny Hernández +38.435 

8Andrea Dovizioso +48.839 

9Héctor Barberá +50.792 

10Scott Redding +59.088 

11Hiroshi Aoyama +01:15.949 

12Michael Laverty +01:17.966 

13Mike Di Meglio +01:27.773 

14Broc Parkes +01:44.244 

15Alex de Angelis at 1 lap 

16Danilo Petrucci at 6 laps (DNF) 

17Dani Pedrosa at 8 laps (DNF) 

18Karel Abraham at 9 laps (DNF) 

19Nicky Hayden at 14 laps (DNF) 

20Cal Crutchlow at 16 laps (DNF) 

21Aleix Espargaró at 19 laps (DNF) 

22Álvaro Bautista at 19 laps (DNF)


motogp, marc marquez, SIC

Artikel Berikut

Artikel Lain