MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk menandatangani bintang Schalke, Julian Draxler pada Januari tahun depan. Draxler yang merupakan antara pemain tengah kreatif di Eropah sebelum ini dilapor akan menyertai Arsenal. Bagaimanapun Daily Star melaporkan, United kini telah bersedia untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun itu sekaligus memenangi persaingan dengan Arsenal. Bagaimanapun Schalke difahamkan sedia melepaskan Draxler sekiranya mendapat tawaran sebanyak £37 juta. Jumlah itu dikatakan terlalu tinggi untuk Arsenal dan United yang dilaporkan akan membeli Radamel Falcao pada harga £44 juta selepas tempoh pinjaman selama setahun tamat.