suria

Liga Hoki TNB: THT Belasah UniKL 7-0

KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Terengganu (THT) membuka kempen Liga Hoki Malaysia TNB 2014 dengan kemenangan bergaya setelah menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 7-0 pada perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini malam Jumaat.

Pujian perlu diberikan kepada pemain THT, Faizal Saari selepas muncul penjaring terbanyak dengan meledak lima gol iaitu dua jaringan hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-12 dan 32' serta tiga gol padang pada minit 16', 20' dan 43'. 

THT turut meraih kemenangan menerusi jaringan pukulan sudut penalti oleh Baljit Singh pada minit 25' dan Mohd Firhan Ashaari mengesahkan kemenangan mutlak THT menerusi jaringan padang pada minit 45'.

THT mendahului kedudukan carta dengan punggutan tiga mata memintas Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yang terlebih dahulu mengutip tiga mata selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 5-3 pada perlawanan Piala Sumbangsih 2014 pada Rabu.

Sementara itu pasukan Maybank dan Sapura HC, masing-masing mengutip satu mata selepas seri 2-2 dalam satu lagi perlawanan pusingan awal.

Maybank terdahulu selesa dengan dua gol padang menerusi pemain import mereka Abdul Haseem Khan dari Pakistan pada minit ke-21 dan Mohamad Syafiq M.Zain pada minit ke-24.

Namun Sapura menyekat peluang Maybank untuk mengutip tiga mata penuh apabila pasukan itu berhasil menyamakan kedudukan menerusi gol padang oleh Muhammad Amerullah Abdul Aziz pada minit 28' dan pemain import, Khasif Ali dari Pakistan menyempurnakan jaringan pukulan sudut penalti pada minit 54'.

Selepas ini Maybank akan bertemu UniKL, KLHC menentang THT manakala TNB berjumpa Sapura, ketiga-tiga perlawanan pada Ahad ini.

Liga Hoki Malaysia TNB 2014, THT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain