AKSI cemerlang Sergio Aguero berjaya membantu Manchester City menewaskan Manchester United 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, pada Ahad malam. Kejayaan itu pasti berbaloi selepas dua cubaan Aguero pada separuh masa pertama digagalkan oleh penjaga gol Manchester United, David De Gea. Pada aksi malam ini, nasib tidak menyebelahi United apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanannya, Chris Smalling diusir keluar padang. Smalling dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua tujuh minit sebelum tamat separuh masa pertama di Stadium Etihad.