BRENDAN RODGERS mempertahankan tindakannya merehatkan tujuh pemain utama ketika bertemu Real Madrid dalam saingan Liga Juara-juara Eropah di Bernabeu, awal pagi Rabu. Pengendali Liverpool itu dikritik apabila merehatkan pemain utama seperti Steven Gerrard, Raheem Sterling dan Mario Balotelli dalam sebuah perlawanan terbesar untuk kelab itu diperingkat eropah sejak 2009. Akibat daripada tindakan itu juga, pasukan pelawat tewas 1-0 kepada Real hasil jaringan tunggal Karim Benzema pada babak pertama permainan. Malah, pengkritik menyifatkan Liverpool gagal melakukan serangan untuk menyamai kedudukan kerana kehilangan beberapa pemain utama. Gerrard dan Sterling bagaimanapun dimasukkan pada minit ke-69 untuk membantu skuad utama, namun kedua-dua pemain terbabit gagal membawa perubahan. Rodgers berkata, dia mempunyai alasan tersendiri apabila merehatkan tujuh pemain utama dan berjaya mencatatkan keputusan lebih baik berbanding tewas 0-3 di Anfield baru-baru ini. Sementara itu, dalam perlawanan tersebut bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo gagal mendapatkan jaringan selepas dikawal ketat. Aksi cemerlang pejaga gol pelawat, Mignolet juga menjadi punca Ronaldo menambah koleksi jaringan.