KUALA LUMPUR: Empat perseorangan lelaki negara berjaya menempah slot ke pusingan ketiga pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Terbuka Korea 2014 di Jeonju, Korea Selatan. Empat pemain berkenaan adalah Mohamad Arif Abdul Latif, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Tan Kian Meng dan Goh Soon Huat, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org. Mohamad Arif, yang juga pilihan keempat kejohanan, mengalahkan pemain tuan rumah, Gyung Bo Ko dengan keputusan 20-22, 21-14 dan 21-13 pada aksi pembukaan sebelah pagi, Rabu. Beliau meneruskan rentak kemenangan selepas menundukkan seorang lagi wakil tuan rumah, Lee Sang Ho; 21-8 dan 21-16 pada pusingan kedua pada sesi petang, sekali gus menempah pertemuan pusingan ketiga menentang rakan sepasukan, Tan Kian Meng, Khamis. Tan, yang diletakkan selaku pilihan ke-13, menang 21-19 dan 21-17 ke atas pemain tuan rumah, Kim Dong Ryung sebelum diberikan kemenangan percuma pada pusingan kedua selepas lawannya juga dari Korea Selatan iaitu Kyung Tae Kim menarik diri ketika set pertama berlangsung. Goh, pilihan ke-10, pula dipaksa bekerja keras sebelum mengalahkan pemain Hong Kong, Tak Ching Chang dengan kemenangan 21-19, 20-22 dan 21-16 pada aksi pembukaan sebelum menumpaskan pemain Nepal, Ratnajit Tamang;21-12 dan 21-6 pada pusingan kedua. Pemain kelahiran Melaka itu dijadualkan menentang pilihan kelapan, Iskandar pada aksi pusingan ketiga, Khamis. Iskandar pula menerima tentangan sengit daripada pemain Thailand, Tankmanustong Warut sebelum menang 21-18, 19-21 dan 21-17 pada aksi pembukaan. Beliau juga terpaksa berhempas pulas pada aksi pusingan kedua sebelum melakarkan kemenangan 28-26 dan 21-18 ke atas pemain Korea Selatan, Han Ki Hoon. Kejohanan berkenaan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$50,000 (RM167,282). Keputusan: Pusingan Pertama: Perseorangan Lelaki: Mohamad Arif Abdul Latif (MAS) mn Ko Gyung Bo (KOR) 20-22, 21-14, 21-13 Tan Kian Meng (MAS) mn Kim Dong Ryung (KOR) 21-19, 21-17 Ai Wei Jian (MAS) kk Um Ji Kwan (KOR) 17-21, 12-21 Goh Soon Huat (MAS) mn Tak Ching Chang (HKG) 21-19, 20-22, 21-16 Iskandar Zulkarnain Zainuddin (MAS) mn Tankmanustong Warut (THA) 21-18, 19-21, 21-17 Liew Daren (MAS) kk Lee Cheuk Yiu (HKG) 21-12, 19-21, 18-21 Beregu Lelaki: Chooi Kah Ming/Teo Kok Siang (MAS) kk Lee Jun Su/Seo Seung Jae (KOR) 20-22, 13-21 Tan Wee Gieen/Teo Ee Yi (MAS) kk Bae Kwon Young/Jung Jae Wook (KOR) 14-21, 16-21 Lim Khim Wah/Ow Yao Han (MAS) mn Jung Suk Hoon/Kim Ki Hoon (KOR) 21-11, 18-21, 21-6 Perseorangan Wanita: Yang Li Lian (MAS) mn Ling Fang Hu (TPE) 21-19, 21-11 Lim Yin Fun (MAS) kk [6] Nozomi Okuhara (JPN) 11-21, 9-21 Chiew Sien Lim (MAS) kk Shizuka Uchida (JPN) 14-21, 10-21 Tee Jing Yi (MAS) kk Lee Jang Mi (KOR) 13-21, 8-21 Beregu Wanita: Lim Yin Loo/Woon Khe Wei (MAS) kk Chae Yoo Jung/Kim Ji Won (KOR) 21-17, 11-21, 9-21 Vivian Hoo Kah Mun/Ng Hui Lin (MAS) mn [7] Choi Hye In/Kim Ha Na (KOR) 21-10, 13-21, 21-12 Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho (MAS) kk Kim Hye Jeong/Park Keun Hye (KOR) 15-21, 21-13, 15-21 Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean (MAS) kk [5] Go Ah Ra/Kim So Yeong (KOR) 13-21, 21-11, 18-21 Beregu Campuran: Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan (MAS) mn Baek Seung Gyu/Han Yong Joo (KOR) 21-18, 21-10 Chan Peng Soon/Ng Hui Lin (MAS) mn Liang Jui Wei/Ching Hui Chang (TPE) 21-12, 21-17 Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid/Soong Fie Cho (MAS) kk [3] Min Chun Liao/Chen Hsiao Huan (TPE) 20-22, 18-21 Tan Aik Quan/Lai Pei Jing (MAS) mn Kang Ji Wook/Jung Kyung Eun (KOR) 21-18, 21-11 Pusingan Kedua: Perseorangan Lelaki: Mohamad Arif Abdul Latif (MAS) mn Lee Sang Ho (KOR) 21-8, 21-16 Tan Kian Meng (MAS) mn Kyung Tae Kim (KOR) 5-3 (Bersara) Goh Soon Huat (MAS) mn Ratnajit Tamang (NEP) 21-12, 21-6 Iskandar Zulkarnain Zainuddin (MAS) mn Han Ki Hoon (KOR) 28-26, 21-18