KEDUDUKAN Robin van Persie sebagai penyerang utama Manchester United kini mula terancam apabila Louis van Gaal memilih untuk menurunkan pemain muda, James Wilson di posisi tersebut minggu ini. Wilson, 18, kini disebut menjadi pilihan Van Gaal untuk diturunkan selaku penyerang utama ketika United bertemu Crystal Palace pada Sabtu. Jika pemain muda itu berjaya menghasilkan gol dan melakarkan kemenangan buat United, ia bermakna Van Persie berada dalam kedudukan terancam. Van Gaal selain itu memberi amaran bahawa tiada jaminan bagi setiap pemain untuk berada dalam kesebelasan utama walaupun bernilai tinggi sekiranya mereka gagal menyumbang kepada kelab. Wilson diturunkan bagi menggantikan Van Persie ketika United menentang City baru-baru ini dan gagal menyumbangkan gol.