suria

Hamilton Perlu Menang Tempat Ke-2 GP Abu Dhabi Untuk Rangkul Juara F1 2014

Lewis Hamilton beraksi dalam jentera Mercedes-Petronas. Dia kini hanya perlu menduduki tempat kedua di GP Abu Dhabi 23 November ini untuk muncul juara dunia buat kali kedua dalam kariernya dan yang pertama untuk Mercedes sejak menyertai pasukan itu pada 2013.

> Nico Rosberg hidupkan peluang muncul juara dunia dengan menang GP Brazil di Sao Paulo

> Hamilton masih dahului pungutan mata dengan tamat di tempat kedua

> Hanya 17 mata kini memisahkan kedua-dua pemandu ini

> Hamilton kutip 334 mata manakala Rosberg 317 mata

> GP terakhir di Abu Dhabi jadi penentu juara dunia

PENDAHULU kejuaraan F1 musim ini, Lewis Hamilton hanya perlu menduduki tempat kedua di GP Abu Dhabi untuk muncul juara dunia buat kali kedua dalam kariernya walaupun Nico Rosberg ditakdirkan menang pada GP tersebut.

Hamilton kali pertama bergelar juara dunia pada musim 2008 memandu untuk pasukan McLaren. Dia memandu untuk pasukan itu sehingga tahun 2012.

Jika seandainya Rosberg menduduki tempat kedua di GP Abu Dhabi, Hamilton mesti sekurang-kurangnya berada di tempat kelima dan jika Rosberg di tempat ketiga, Hamilton cukup sekadar habis di tempat keenam untuk merangkul kejuaraan dunia.

Untuk pertama kalinya musim ini, perlumbaan penutup musim iaitu GP Abu Dhabi, pemandu dan pasukan yang menang dari nombor satu hingga sepuluh akan dianugerahkan mata berganda.

Pemandu yang memenangi kedudukan petak pertama yang paling banyak sepanjang musim ini akan turut dianugerahkan trofi khas yang juga buat pertama kali diperkenalkan.

Perlumbaan terakhir musim ini akan berlangsung pada 23 November di Sirkit Yas Marina.

Artikel Lain