PELUMBA Repsol Honda Team, Marc Marquez yang baharu dinobatkan sebagai juara dunia bulan lalu di Jepun meneruskan aksi cemerlang dengan menjuarai perlumbaan pusingan akhir Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Valencia, Ahad.
Marquez,21, mencatat rekod kemenangan ke-13 musim ini selepas mengetuai perlumbaan pada lap ke-11 dengan melepasi garisan penamat dalam tempoh 46 minit 39.627 saat, mengatasi Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) dan Dani Pedrosa (Repsol Honda Team).
Rossi turut menamatkan saingan musim ini dengan kedudukan terbaik di belakang Marquez selepas Jorge Lorenzo terkeluar dalam saingan kerana terjatuh pada lap ke-18.
Lorenzo sebelum itu membuat keputusan menukar tayar kerana hujan, namun gagal meneruskan aksi.
Secara keseluruhan, musim ini sekali lagi menjadi milik Marquez yang meraih gelaran juara dunia kali kedua, malah mencipta rekod terbaharu dunia pemotoran dengan berkongsi rekod milik Mick Doohan yang menjuarai 12 perlumbaan dalam satu musim pada tahun 1997.
Senarai penuh kedudukan pelumba pada perlumbaan di Valencia:
1.Marc MARQUEZ Repsol Honda Team 46'39.6272.Valentino ROSSI Movistar Yamaha MotoGP +3.516
3.Dani PEDROSA Repsol Honda Team +14.040
4.Andrea DOVIZIOSO Ducati Team Ducati +16.705
5.Cal CRUTCHLOW Ducati Team +16.773
6.Pol ESPARGARO Monster Yamaha Tech 3 +37.884
7.Aleix ESPARGARO NGM Forward Racing+38.168
8.Stefan BRADL LCR Honda MotoGP +41.803
9.Michele PIRRO ITA Ducati Team +45.710
10.Scott REDDING GO&FUN Honda Gresini +51.191
11.Hector BARBERA Avintia Racing +56.512
12.Danilo PETRUCCI Octo Ioda Racing Team ART +57.000
13.Nicky HAYDEN Drive M7 Aspar +57.262
14.Bradley SMITH Monster Yamaha Tech 3 +57.517
15. Hiroshi AOYAMA Drive M7 Aspar +58.775
16. Alvaro BAUTISTA GO&FUN Honda Gresini+58.864
17.Karel ABRAHAM Cardion AB Motoracing +1'02.389
18. Alex DE ANGELIS NGM Forward Racing +1'15.795
19. Michael LAVERTY Paul Bird Motorsport+1'26.309
20.Broc PARKES Paul Bird Motorsport +1'37.212
21.Mike DI MEGLIO Avintia Racing 1 Lap
22.Andrea IANNONE Pramac Racing Ducati