Badminton Tetap Sandaran Utama Negara Di Sukan Olimpik - Khairy
Beregu badminton wanita negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel ke-20 Glasgow, Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun (kiri) melompat kegembiraan setelah menerima Insentif Kecemerlangan Sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di KPM, Presint 5 di sini, Rabu.
KUALA LUMPUR: Badminton tetap menjadi sandaran utama meraih pingat emas pertama negara walaupun tanpa Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Katanya merreka telah mengenal pasti prospek pingat emas dalam badminton menerusi acara beregu lelaki dan wanita dan masih ada tempoh masa dua tahun untuk mempersiapkan gandingan negara.
"Sebagai langkah awal, kita betul-betul nak kenal pasti gandingan beregu yang serasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi penceramah tamu pada Siri Kepimpinan anjuran Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Rabu.
Beliau berkata, sudah tiba masa untuk negara tidak lagi meletakkan sandaran kepada Chong Wei semata-mata tetapi sebaliknya sukan-sukan lain dikenal pasti sebagai prospek emas di Sukan Olimpik.
"Kita harap Chong Wei masih bersama kita (mewakili negara di Sukan Olimpik). Dia menjadi sandaran kita di Sukan Olimpik London (2012) dan Beijing (2008). Namun kita tidak boleh terus bergantung kepada Chong Wei," katanya.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamenthasone' ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
Dengan menekan butang mendaftar, anda kini bersetuju dengan
peraturan dan terma
Anda juga bersetuju dengan kesemua syarat dan terma di dalam Pernyataan Privasi termasuk Terma Penggunaan di laman ini. Sila ambil masa untuk baca dokumen Pernyataan Privasi sekiranya anda belum melakukannya.
kami.

Dengan mengambil bahagian dalam kaji selidik ini, ia bermakna anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.