suria

Neymar Jaring Dua Gol, Brazil Atasi Turki

Neymar.
NEYMAR menjaringkan dua gol untuk Brazil ketika menundukkan Turki 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Istanbul, awal pagi Khamis.

Ternyata, Brazil bukan pasukan tandingan Turki yang pernah dimalukan Jerman 7-1 pada aksi separuh akhir Piala Dunia yang lalu.

Neymar meletakkan Brazil di depan seawal minit ke-20 sebelum Semir Kaya menjaringkan gol ke gawang sendiri empat minit kemudian.

Pemain tengah Chelsea, Willian, menjaringkan gol ketiga untuk Brazil sebelum tamat aksi babak pertama.

Bintang Barcelona, Neymar melengkapkan gol keempat pada minit ke-60.



Ia juga merupakan gol ke-42 Neymar dalam aksi antarabangsa.

Turki kini menduduki tangga tercorot Kumpulan A dengan mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan.

Anak buah Dunga itu juga akan berdepan Kazakhstan di Istanbul untuk aksi kelayakan Euro 2016 pada Ahad ini.

Barisan pemain:

TURKI: Volkan Demirel, Semih, İsmail, Bekir, Ozan, Mehmet Topal, Bilal, Hamit, Arda, Umut, Mevlüt.

BRAZIL: Alves, Danilo, Miranda, David Luiz, Filipe Luis, Luiz Gustavo, Fernandinho, William, Neymar, Oscar, Luiz Adriano.

Brazil, Turki, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Djokovic Sekat Kemaraan Wawrinka

Artikel Lain