suria

Podolski Akui Kecewa Dengan Arsenal

LUKAS Podolski beri bayangan akan tinggalkan Arsenal Januari depan selepas hanya bermain 50 minit dalam aksi  Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu meluahkan perasaan kecewanya selepas tidak diberi peluang bermain dalam barisan utama skuad The Gunners.

Malah tekanan semakin terasa apabila jurulatih negaranya, Joachim Low memberi nasihat supaya tinggalkan Arsenal jika mahu berada dalam barisan sebelas pemain utama Jerman.

Jelas Podolski, pengendali The Gunners, Arsene Wenger tidak memberi peluang untuk dia bermain.

"Saya telah menghabiskan masa empat bulan menunggu untuk beraksi. Apa yang saya lakukan hanya memakai baju sejuk dan topi sambil menonton rakan-rakan lain bermain.

"Saya sepatutnya membuktikan kepada Arsenal apa yang saya ada, namun tidak diberi peluang.

"Saya mahu bermain bola sepak untuk tempoh yang panjang, jadi patutkah saya hanya mengatakan semuanya 'okay' dan hanya duduk sehingga kontrak tamat?," luahnya.

Podolski dijangka akan bertemu dengan pihak pengurusan dan berbincang kemungkinan akan kembali ke aksi Liga Jerman.

"Apa sahaja boleh berlaku sekarang".

Dalam pada itu, beberapa kelab di Itali menunjukkan minat untuk mendapatkan penyerang yang mencatat 121 kap dalam aksi antarabangsanya pada Jumaat.

lukas podolski, jerman, arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain