ANAK sulung lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane iaitu Enzo membuat penampilan sulung untuk skuad Real Madrid B ketika pasukan itu menewaskan Conquense 2-1 pada Ahad. Dalam perlawanan itu, Zidane yang merupakan penolong jurlatih bagi skuad Real Castilla dilihat memberi arahan dari tepi padang sepanjang perlawanan berlangsung. Enzo, 19, yang dimasukkan ketika perlawanan berbaki dua minit gagal menjaringkan gol, tetapi pemain itu berjaya menghasilkan gerakan menarik seperti bapanya. Pemain tengah itu dijangka diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika skuad tersebut berdepan Segunda B pada minggu depan. Berikutan kelebihan yang ada pada anak lagenda terbabit, Enzo kini menjadi rebutan skuad kebangsaan Perancis dan Sepanyol. Enzo sebelum ini pernah mewakili skuad bawah 15 tahun Sepanyol, tetapi kini dia dipanggil oleh skuad bawah 19 tahun Perancis untuk menjalani ujian perubatan sekaligus mewakili pasukan berkenaan. Selain Enzo, Zidane mempunyai dua lagi anak iaitu Theo dan Eliza - kini sedang diasah bakat mereka oleh akademi bola sepak Real Madrid.