suria

F1: Bianchi Sedar Dari Koma, Masih Kritikal

PELUMBA Formula Satu (F1) Jules Bianchi kembali sedar dari koma dan telah dipindahkan ke hospital tempat lahirnya di Perancis.

Bianchi,25, berada di Hospital Mie Yokkaichi Jepun, selepas terlibat ddalam kemalangan ngeri di Litar Suzuka ketika aksi Grand Prix Jepun Oktober lalu.

Dia berada dalam keadaan koma hampir tujuh  minggu selepas menjalani pembedahan di bahagian kepala pada 5 Oktober lalu, dan kini mampu bernafas tanpa menggunakan alat sokongan.

"Lebih kurang tujuh minggu, Jules mengalami kemalangan di Litar Suzuka dan berdasarkan laporan terkini, Jules menunjukkan perubahan penting," jelas ibubapanya, Philippe dan Christine di laman Facebook.

"Jules tidak lagi berada dalam keadaan koma, namun masih tidak sedarkan diri.

"Dia juga sudah tidak menggunakan alat sokongan pernafasan,  isyarat pergerakan penting juga seimbang.

"Pun begitu dia masih diklafikasikan dalam keadaan 'kritikal'.

"Proses rawatannya kini dalam fasa baharu yang menumpukan kepada isyarat fungsi otak yang lebih baik.

"Walaupun keadaannya masih serius, keputusan dibuat untuk membalik Jules ke Nice, Perancis".

Tambah mereka, Bianchi dipindahkan ke Selasa malam meminta pihak media agar tidak berkumpul di Hospital Universiti De Nice.

Bianchi mengalami kecederaan teruk di kepala selepas melanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera pelumba Adrian Sutil yang terbabas sebelum itu ketika kelajuan 160mph.

Kemalangan itu juga disebabkan keadaan litar yang basah.

Jules Bianchi, marrusia, f1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain