suria

Twitter Man United Kecoh Akibat Tertinggal Perkataan 'Tidak'

LAMAN sosial Twitter Manchester United kecoh dengan mesej balas daripada peminatnya apabila kelab itu tertinggal perkataan 'tidak' ketika melaporkan mengenai kecederaan pemain tengahnya, Daley Blind.

Laman sosial rasmi kelab itu kecoh apabila mereka mengeluarkan kenyataan bahawa Blind yang mengalami kecederaan ketika ini mungkin terpaksa direhatkan sehingga enam bulan.

Blind mengalami kecederaan ligamen ketika membantu Belanda membelasah Latvia 6-0 baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan tidak tepat itu disedari Blind apabila laman sosial Twitter miliknya juga dihujani mesej peminat yang terkejut.

Pemain tengah pertahanan itu kemudian membalasnya dengan berkata," Wow, mesej banyak secara tiba-tiba.

"Masih bekerja keras, tetapi jangan bimbang, saya akan kembali sergas!"

Menyedari kesilapan yang menimbulkan kebimbangan dikalangan penyokong, United kemudian mengeluarkan kenyataan penuh pengendali kelab, Louis van Gaal di laman webnya.

Walaupun belum diketahui tempoh Blind akan direhatkan, tetapi Van Gaal  dilaporkan berkata," Blind terpaksa membalut lututnya.

"Dia mempunyai 10 hari untuk rehat dan selepas itu kita akan lihat imbasan x untuk mengetahui lanjut.

"Ianya tidak begitu teruk, tetapi ia mungkin akan menjadi cerita panjang. Ia bukan (direhatkan) selama enam bulan."    


Manchester United, Daley Blind

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain