suria

Gol Sendiri Arsenal Bantu Kemenangan United

Pemain Manchester United, Marouane Fellaini (tengah, kiri) bersaing dengan pemain Arsenal, Kieran Gibbs (tengah, kanan) ketika aksi perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

LONDON: Wayne Rooney membawa Manchester United kembali ke kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Arsenal di Stadium Emirates pada Sabtu.

Kemenangan United turut dibantu pasukan lawan apabila pemain Arsenal, Kieran Gibbs menyumbat gol sendiri pada minit ke-56.

Keadaaan itu berlaku apabila dua pemaian United membolosi kawasan pertahanan Arsenal hingga mencetuskan rasa panik pasukan tuan rumah.

Rooney menjaringkan gol kedua United pada minit ke-85.

Sementara itu gol tunggal Arsenal disumbangkan oleh Olivier Giroud yang baru pulih daripada kecederaan kakinya melalui sepakan dari penjuru kiri.

Keputusan itu menyaksikan United berada di tempat keempat dengan 19 mata mendahului Newcastle dengan perbezaan gol.

Sementara itu Arsenal merosot ke tempat kelapan dengan 17 mata.

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Lain