MASKOT Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016 diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada Isnin. Maskot bagi Sukan Olimpik mewakili fauna di Brazil dengan menggabungkan tiga haiwan iaitu 'lincah seperti kucing', 'tangkas seperti monyet' dan 'berkuasa seperti burung'. Manakala maskot untuk Paralimpik menggabungkan flora yang hanya boleh ditemui di negara itu. Bagaimana pun nama dua maskot ini akan diumumkan pada 14 Disember ini. Antara cadangan nama yang disenarai pendek termasuk 'Oba dan Eba', 'Tiba Tuque dan Esquindim' atau 'Vinicius dan Tom'. "Maskot Rio 2016 mewakili pelbagai budaya dan masyarakat negara ini," jelas Pengarah Penjenamaan Rio 2016, Beth Lula.