suria

Pele Dipindahkan Ke Unit Rawatan Khas

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele dilaporkan berada dalam keadaan tidak baik dan dipindahkan ke unit rawatan khas di sebuah hospital di Sao Paolo, awal pagi Jumaat.

Sebelum itu, bintang juara dunia tiga kali Piala Dunia itu dihantar ke hospital kerana masalah jangkitan air kencing awal minggu ini, namun keadaannya agak membimbangkan.

Pihak hospital mendedahkan beliau telah dimasukkan ke unit rawatan khas.

“Edson Arantes do Nascimento (Pele)  masih berada di hospital. Bagi memberi rawatan yang terbaik, beliau telah dipindahkan ke unit khas,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Hospital Albert Eistein di Sao Paolo.

Sementara itu, pembantu peribadi bekas pemain berusia 74 itu, Jose Fornos Rodrigues berkata, Pele berada dalam keadaan baik dan memerlukan privasi sendiri. Beliau tidak selesa dengan kunjungan orang ramai,” jelasnya kepada Reuters.

Menurut laporan BBC, unit rawatan khas adalah tempat rawatan rutin yang tidak terlalu serius seperti mana Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Pele masih boleh menerima lawatan.

Pada awal bulan ini, Pele telah menjalani pembedahan membuang buah pinggangnya.

Beliau merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang menerima Anugerah Pemain Terbaik Sepanjang Zaman dari Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa), Atlet Terbaik Sepanjang Zaman dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan ‘harga negara’ dari kerajaan Brazil.

Pele, Brazil, juara dunia tiga kali

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain