MANCHESTER City menewaskan Southampton dengan 3-0 di Stadium St Mary di Southampton, England pada malam Ahad, sekali gus merampas kedudukan tempat kedua pihak lawan dalam Liga Perdana Inggeris. Pertemuan dua pasukan yang menduduki posisi kedua dan ketiga dalam liga ini selepas 12 perlawanan nampaknya memberi tekanan. Kedua-duanya mampu memberikan saingan sengit namun Man City dilihat lebih banyak mendapat peluang. Man City memperoleh gol pembukaan oleh Yaya Toure pada minit ke-51. Ia diikuti Frank Lampard (80') dan Gaël Clichy (88'). Kemenangan ini membuatkan pasukan di bawah pimpinan Manuel Pellegrini melonjak ke tempat kedua dengan 27 mata. Southampton jatuh ke tempat ketiga berikutan keputusan perlawanan itu manakala Man City mara ke hadapan yang berbeza enam mata dengan pasukan tempat pertama Chelsea. Chelsea sebelum ini berada tujuh mata di hadapan Southampton.