MANCHESTER UNITED dilapor bersedia membelanjakan sebanyak £150 juta pada hujung musim ini bagi 'memborong' pemain utama sekaligus menjadikan skuad itu sebagai pasukan digeruni. United yang semakin selesa dengan pengendalian Louis van Gaal mahu mengambil pendekatan Real Madrid iaitu membawa masuk pemain bertaraf bintang di setiap posisi. Selepas mengikut kemahuan jurulatih kelahiran Belanda itu dengan membawa masuk enam pemain pada awal musim ini - termasuk memecah rekod pembelian Liga Perdana Inggeris menerusi Angel Di Maria iaitu sebanyak £59.7 juta - kelab itu kini bersedia membuat pelaburan besar-besaran. Menurut sumber di United, kerja membina semula kelab berkenaan kini sedang dimulakan. Dalam pelaburan yang bakal berlaku pada musim depan, United akan mendapatkan pertahanan kanan Barcelona, Dani Alves; pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben; pertahanan tengah Borussia Dortmund, Mats Hummels; pemain tengah Atletico Madrid, Diego Godin dan pemain tengah pertahanan Roma, Kevin Strootman. Arjen Robben Strootman dan Alves Selain itu, Van Gaal juga akan membuat pembelian penuh terhadap Radamel Falcao yang kini berstatus pinjaman dengan membelanjakan sebanyak £46 juta. Berikutan itu, penjaga gol simpanan Anders Lindegaard bakal menjadi pemain pertama yang akan meninggalkan kelab tersebut bermula Januari ini sebelum Anderson. Diego Godin Sejak September 2013, United telah membelanjakan sebanyak £215 juta untuk mendapatkan pemain baharu dan sehingga awal musim depan kelab itu bakal menghabiskan sebanyak £350 mengikut jumlah keseluruhan.