Kumpulan penyokong tegar yang lengkap dengan peralatan muzik itu juga antara penyokong pertama tiba di perkarangan stadium untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kesebelasan negara.
Salah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad memberitahu, mereka hanya mahukan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Malaya.
"Kami tidak akan berhenti melaungkan semangat untuk Harimau Malaya malam ini.
Seorang lagi penyokong Azrie Mat Noor , 29, berkata, bahang suasana perlawanan itu telah dirasai sejak Malaysia berjaya menumpaskan Singapura.
Jelasnya, walaupun tidak dapat memberi sokongan tempoh hari, namun dia dan rakan akan sentiasa membakar semangat pemain pada perlawanan ini.