suria

Podolski Sah Tinggalkan Arsenal, Sarung Jersi Inter Milan

Podolski disambut peminat-peminatnya ketika tiba di Inter Milan pada Jumaat.

PENYERANG Jerman, Lukas Podolski secara rasminya meninggalkan Arsenal dan berhijrah ke Inter Milan malah telah menjaringkan gol pertama walaupun ketika sesi latihan bersama kelab baharunya itu.

Perpindahan secara pinjaman sehingga penghujung musim ini telah disahkan pada Jumaat lalu apabila kelab Itali itu menyebarkan gambar Podolski melilit skarf kelab ketika tiba di Lapangan Terbang Linate.

Pemain berusia 29 tahun itu lulus ujian kesihatan pada Sabtu, namun belum melengkapkan pendaftaran sehingga Isnin kerana masalah kertas kerja dan dalam masa sama Arsenal membuat pengumuman menerusi akaun Twitter rasmi The Gunners.

Podolski dijangka akan disenaraikan dalam aksi menentang Juventus pada Selasa.

Menurut laporan, Podolski bersetuju dipinjamkan ke Inter Milan kerana pengurus kelab itu, Roberto Mancini.

Sebagai rekod, Podolski menyertai Arsenal dari Cologne pada tahun 2012 namun gagal menarik minat Arsene Wenger dalam mengisi slot sebelas pemain utama.

Awal Oktober lalu, dia meluahkan akan meninggalkan London kerana tidak diberi banyak peluang untuk bermain.

Beraksi di Inter Milan ini dianggap peluang terakhir Podolski untuk membuktikan bahawa dia masih lagi antara penyerang yang digeruni dan dalam masa sama untuk menyelamatkan posisinya bersama pasukan kebangsaan.

Lukas Podolski, Arsenal, Inter Milan

Artikel Lain