SAINGAN Formula Satu (F1) 2015 menjadi musim ke-66 dalam siri perlumbaan berprestij dunia bakal membuka tirainya pada 15 Mac di Melbourne, Australia.
Dalam tempoh lebih kurang dua bulan sebelum saingan bermula, setiap pasukan pastinya masih berusaha untuk mendapatkan pelumba-pelumba terbaik sebelum jendela perpindahan ditutup penghujung bulan ini.
Namun apa yang pasti, pasukan juara dunia 2014, Mercedes masih lagi dibarisi dua pelumba hebat mereka iaitu Lewis Hamilton dan Nico Rosberg yang menguasai perlumbaan musim lalu.
Hamilton mencatat sebelas kemenangan daripada 20 pusingan sekaligus dinobatkan sebagai juara dua buat kali kedua, manakala Rosberg selaku naib juara.
Manakala pasukan Red Bull Racing-Renault yang sentiasa mengekori rapat Mercedes tahun lalu kehilangan juara empat kali dunia, Sebastian Vettel yang dilaporkan mencari angin baharu dengan pasukan Ferrari.
Pasukan Ferrari pula kehilangan Fernando Alonso yang belum pasti destinasi terbarunya, namun khabar angin dia akan bersama McLaren atau Lotus.
Perubahan turut berlaku dalam pasukan Toro Rosso yang menyaksikan pelumba Jean-Eric Vergne bakal kehilangan kerusinya, manakala Daniil Kvyat berpindah ke Red Bull.
Manakala pelumba baharu yang menyertai pasukan itu dijangka Carlos Sainz Jnr (Formula Renault) dan Max Verstappen selepas penampilan cemerlang dalam aksi F3 Euro.
Pasukan Sauber juga kehilangan dua pelumbanya, Adrian Sutil dan Esteban Gutierrez.
Posisi kedua-dua pelumba tersebut diisi oleh Marcus Ericsson (Caterham) dan Felipe Nasr (pelumba junior Williams).
Selain itu, perlumbaan tahun ini masih mengekalkan 20 pusingan dengan 11 pasukan dan 22 orang pemandu.
Jadual perlumbaan:
1. Australia (Melbourne) 13 - 15 Mar
2. Malaysia (Kuala Lumpur) 27 - 29 Mar
3.China (Shanghai)10 - 12 Apr
4.Bahrain (Sakhir)17 - 19 Apr
5. Sepanyol, (Catalunya ) 8 - 10 May
6. Monaco (Monte Carlo) 22 - 24 May
7. Canada (Montréal) 5 - 7 Jun
8. Austria (Spielberg) 19 - 21 Jun
9. Great Britain (Silverstone) 3 - 5 Jul
10. Jerman (TBA) 17 - 19 Jul
11. Hungary (Budapest) 24 - 26 Jul
12. Belgium (Spa-Francorchamps) 21 - 23 Aug
13. Itali (Monza) 4 - 6 Sep
14.Singapura 18 - 20 Sep
15. Jepun (Suzuka) 25 - 27 Sep
16. Russia (Sochi) 9 - 11 Oct
17. United States (Austin) 23 - 25 Oct
18. Mexico (Mexico City)30 Oct - 01 Nov
19. Brazil (São Paulo) 13 - 15 Nov
20. Abu Dhabi (Yas Marina) 27 - 29 Nov
Senarai pasukan dan pengeluar
1.CF1 Caterham F1 Team-Caterham Renault
2.Scuderia Ferrari-Ferrari
3.Sahara Force India F1 Team-Force India Mercedes
4.Lotus F1 Team-Lotus Mercedes
5.Manor F1 Team-Manor Ferrari
6.McLaren Honda-McLaren Honda
7.Mercedes AMG Petronas F1 Team-Mercedes
8.Infiniti Red Bull Racing-Red Bull Renault
9.Sauber F1 Team-Sauber Ferrari
10.Scuderia Toro Rosso-Toro Rosso Renault
11.Williams Martini Racing-Williams Mercedes
Senarai pemandu:
1. CF1 Caterham F1 Team - Belum disahkan
2.Scuderia Ferrari - Sebastian Vettel, Kimi Raikkonen
3.Sahara Force India F1 Team -Sergio Perez, Nico Hulkenberg
4.Lotus F1 Team -Romain Grosjean, Pastor Maldonado
5.Manor F1 Team -Belum disahkan
6.McLaren Honda - Fernando Alonso, Jenson Button
7.Mercedes AMG Petronas F1 Team - Nico Rosberg, Lewis Hamilton
8.Infiniti Red Bull Racing-Daniel Ricciardo, Daniil Kvyat
9.Sauber F1 Team -Marcus Ericsson, Felipe Nasr
10.Scuderia Toro Rosso - Max Verstappen, Carlo Sainz, Jr
11.Williams Martini Racing - Felipe Massa, Valtteri Bottas