BRISBANE: Roger Federer merakamkan kemenangan ke-1,000 dalam kerjaya tenis dan mengutip gelaran ke-83 dalam Jelajah ATP, pada Ahad.
Cuma, legenda lalu, Jimmy Connors (1,253) dan Ivan Lendl (1,071) sudah memenangi lebih daripada 1,000 perlawanan dalam jelajah lelaki.
"Tidak dapat dinafikan ini satu saat yang istimewa," kata Federer selepas perlawanan.
"Saya sudah banyak bermain tenis dalam tempoh yang lama dan kemenangan ke-1,000 amat bererti bagi saya.'