GARY Neville berpendapat Louis van Gaal mengekalkan format empat pemain di bahagian belakang sepanjang musim ini. Menurut bekas pemain Manchester United ini, statistik menunjukkan pasukan lebih produktif dengan meletakkan empat pemain di bahagian belakang. The Red Devils memulakan formasi tiga orang pemain di bahagian bekakng pada aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu lalu, namun keputusan hanya berjaya dicatat apabila Van Gaal menukarkan kepada empat orang yang menyaksikan Maroune Fellaini dan James Wilson menjaringkan gol kemenangan. Malah penyokong-penyokong juga mendesak, bekas jurulatih Belanda itu menukar formasi kegemarannya 3-5-2 itu. "Saya bukan peminat 3-5-2 kerana pemain di bahagian belakang akan menjadi pemain bebas dan pilihan selamat. "Mereka akan bermain dengan tempo yang perlahan. Mereka sukar dijangka beberapa minggu lalu, namun United dilihat lebih berbahaya sejak bermain dengan sistem 4-4-2 itu. "Peminat-peminat mahu keputusan 2-0 dengan melihat mereka menguasai bola berbanding berjuang mencari gol di saat akhir," jelas Neville.