> Penjenamaan CNN International akan muncul pada badan kereta terbaru F1 McLaren > Firma kereta lumba British itu akan perkenalkan jentera baru MP4-30 29 Jan > Fernando Alonso dan Jenson Button akan berlumba untuk McLaren bagi musim ini PENYALUR dan pembekal berita stesen televisyen berkabel, CNN International telah mencapai persetujuan untuk menaja jentera pasukan F1 McLaren bagi musim ini, demikian menurut kenyataan bersama kedua-dua belah pihak pada Selasa. Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan nilai penajaan tersebut. McLaren juga masih belum mengumumkan siapakah yang bakal menjadi penaja utama mereka bagi musim baru ini yang bakal menyaksikan kemunculan semula Honda sebagai pembekal enjin untuk jentera McLaren. Honda pernah menjadi rakan pembekal enjin untuk pasukan McLaren sebelum mereka menarik diri atas faktor-faktor kewangan dan tempat Honda diambil alih oleh Mercedes. McLaren dijadualkan untuk memperkenal jentera baru mereka yang akan dikenali sebagai MP4-30 pada 29 Januari ini secara Online terlebih dahulu. Jentera McLaren bagi musim ini akan dipandu oleh bekas juara dunia, Fernando Alonso dan Jenson Button.