Atlet triatlon berusia 41 tahun itu tidak sabar untuk perlumbaan edisi 2015 pada 5 April ini selepas kagum dengan sambutan hebat pada edisi pertama tahun lepas.
Alexander, juara dunia sebanyak tiga kali, berkata beliau teruja dengan perkembangan acara ironman di rantau Asia Pasifik.
"Kini terdapat banyak perlumbaan di rantau Asia Pasifik dan anda boleh bersaing sepanjang musim," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur di sini, Khamis.