Federer mencatat keputusan terburuk dalam tempoh 14 tahun selepas tewas penuh dramatik kepada Andreas Seppi yang berada di ranking ke-46 dunia, 6-4 7-6 (7-5) 4-6 7-6 (7-5) dalam tempoh dua jam 57 minit di gelanggang kegemarannya, Rod Laver Arena.
Jaguh Switzerland itu membuka perlawanan penuh bergaya pada set pertama dan kedua namun segalanya berubah bermula set ketiga.
“Hari yang malang . Saya harapkan boleh mempamerkan permainan yang lebih baik, namun segalanya berubah selepas set kedua.
“Saya tidak menggunakan peluang yang ada untuk bangkit. Pastinya saya amat kecewa dengan kekalahan ini,” jelas pemain berusia 33 tahun ini.
Kali terakhir Federer tewas pada aksi ketiga kejohanan ini ialah pada tahun 2001.
Pemain veteran ini pernah tewas kepada Seppi pada aksi pusingan kedua di Wimbledon dua tahun lalu.