Di Stadium Maybank Bangi, Kuala Lumpur meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 menewaskan Harimau Muda C setelah kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.
Terdahulu, skuad Kuala Lumpur tersentak dengan dua jaringan oleh pemain Harimau Muda C, Danial Asyraf Abdullah pada minit ke-45 dan ke-55.
Namun, dua pemain import Kuala Lumpur iaitu, Kalle Sone dan Martin Ekoule masing-masing menyamakan kedudukan dengan jaringan pada minit 61 dan 66.
Pada perlawanan masa tambahan, kedua-dua pasukan masih terikat seri 2-2.
Kuala Lumpur dijadualkan bertemu MOF FC pada 27 Februari ini pada perlawanan pusingan pertama.
Sementara itu, PKNS FC turut layak ke pusingan pertama selepas mencatat kemenangan keatas DRB Hicom FC 2-0 dalam satu lagi perlawanan play off di Stadium Proton Tanjung Malim, Perak.
Dua gol itu disumbangkan oleh Mohd Farderin Kadir pada minit 59' dan 63' selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
PKNS FC akan bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada 28 Februari ini.