suria

Nicol Bertemu Raneem Pada Final Cleveland Classic

Nicol David.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David kembali mempamerkan aksi kemenangan apabila mara ke pentas final Kejohanan Skuasy Cleveland Classic pada Isnin. 

Juara dunia lapan kali itu cemerlang apabila menundukkan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy 11-7, 11-3, 11-8 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, di Ohio, Amerika Syarikat.

"Kemenangan 3-0 bagi saya menentang Omneya hari ini cukup baik. Mara ke final #ClevelandClassic bertemu Raneem El Welily," kata Nicol menerusi mesej tweeter selepas mencatatkan kemenangan mudah ke atas pilihan kesembilan itu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu meneruskan cabaran untuk menentang bekas juara dunia 2013 Raneem El Welily dari Mesir pada final, lewat Selasa, menurut www.squashsite.co.uk.

Pilihan ketiga yang sekarang diletakkan dalam ranking kedua dunia menewaskan pemain England Laura Massaro 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Raneem diberi tentangan sengit sebelum menang 11-3, 11-7, 13-15, 11-9 dan 12-10 untuk mara ke pentas final.

Nicol David, Raneem El Welily

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Darren Fletcher Sah Milik West Brom

Artikel Lain