REAL Madrid berjaya mengukuhkan kedudukan teratas di Stadium Santiago Bernabeu musim ini selepas pasukan itu menewaskan Sevilla dengan 2-1 pada perlawanan La Liga Sepanyol, awal pagi Khamis. Dua gol kemenangan Madrid masing-masing dihasilkan oleh James Rodriguez pada minit ke-12 dan Jese Rodriguez pada minit ke-36. Sevilla pula hanya mampu membalas satu jaringan pada minit ke-80 menerusi aksi Aspas. Walaupun berusaha untuk berjuang bagi menyamakan kedudukan, namun Sevilla tetap tidak mampu untuk bangkit dari kekalahan. Kemenangan ini tidak mengubah kedudukan Real Madrid di tangga teratas perlawanan La Liga Sepanyol. Real Madrid hanya mengalami kekalahan dalam 10 permainan pada musim ini. Kemenangan ke atas Sevilla menjadi kemenangan kesembilan buat pasukan itu.